May 7, 2011

ratu hatiku...saya sayang kamu.....

mak,
semalam berlalu bagaikan mimpi
sedar x sedar dh 3 tahun mak pergi
seksa nya orang rasa hidup ni
bila sumer benda macam dah xde ertinya lagi...

mak,
orang selalu tanya kat diri sendiri
kenapa sumer ni orang yang kena hadapi
tapi orang akan pujuk diri sendiri
bahawa sumer ni dah ketetapan Illahi...

mak,
dalam kepala ni sarat dengan memori lama
mak akn duk sebelah time org bawak kete
mak akn buatkan milo b4 org g keje
mak dh ada kat depan tangga time org balik keje

pilu nya hati tidak terkata
bila semua tu hilang sekelip mata
tanpa pesan, mak pergi tinggalkan kami semua
bagaikan budak2, orang harapkan sumer tu mimpi cuma
namun, tak siapa mampu lawan kuasa Yang Esa...

mak tau,
air mata orang dah jadi mcm takde harga
hati yg dulu keras kini dah macam span tak berguna
hari2 yang dilalui macam tak bermakna
namun hidup tetap kena teruskan jua...

mak...
tiada lagi hilai tawa, tiada lagi gurau senda
tiada lagi nasihat percuma, yang tinggal memori cuma
tiada lagi tempat bermanja, hanya sepi bertemankan duka
pergi nya mak untuk selama2 nya....menghadap Sang Pencipta...

mak,
kalau diberi peluang kedua
tak perlu tiga, cuma satu yang org nk minta
kembalikan family orang yang lama
namun... 'kalau' takkan dapat merubah takdir Nya...

mak,
pada siapa nak diluahkan rindu
bila dengar kawan2 duk bercerita pasal ibu
orang hanya mampu diam membisu
sebab...
org tak bertuah untuk bercerita pasal sumer tu...

mak,
memori yang lalu takkan berulang lagi
yang patah tumbuh yang hilang kan berganti
namun satu benda yang org sangat2 pasti
mak pergi, takkan ada pengganti nya lagi...

mak,
walaupun mak tak dengar
di kesempatan ini....
anakmu pohon beribu ampun
sebab tak pernah nak ucap selamat hari ibu kat mak
tapi tak bermakna orang tak sayang mak
orang sayang mak sangat2...
walaupun tanpa hari ibu, mak tetap mak yang hebat
orang jugak mintak maaf
sebab tak dapat nk jadi anak yang membanggakan mak
dengan anugerah2 yang hebat...
orang mintak maaf lagi
sebab tak dapat nak bagi kemewahan kat mak
walaupun orang tau mak tak harapkan sume tu
tapi orang rasa puas..
sebab....sempat berbakti kat mak walaupun sekejap
walaupun orang tau...sume tu takkan dapat balas jasa2 mak
sume tu takkan dapat bayar sume pengorbanan mak...

mak,
sempena hari ibu yang menjelang
sume anak2 duk berlumba buat ucapan sayang
orang tak berpeluang nk luahkan perasaan
orang tak berpeluang nak bagi bunga2 dalam jambangan
orang tak berpeluang nk beli hadiah mahal untuk buat kejutan
tapi....
satu perkara orang nk sampaikan......
bahawa mak la insan yang paling hebat tiada tandingan...
hanya ayat2 suci yang mampu orang hadiahkan
doa yang tak pernah putus.. moga mak dan ayah beroleh ketenangan...
jua kebahagiaan....


Tuhan,
ampunkan aku...
bila rinduku pada mereka..
melebihi rinduku pada Mu...
sesungguhnya...
aku hanya insan biasa...
tak mampu menjadi sempurna...



~off~


No comments:

Post a Comment